Adakah Khairy Jamaluddin BERUK? Inilah Kekuatan Off Page SEO!

Khairy Jamaluddin

Salam/Hi,

Selepas negara kita digemparkan dengan penghinaan Google secara tidak sengaja terhadap PM dengan keyword carian NAJIB BUKA PUASA, adakah benda yang sama berlaku pada Khairy Jamaluddin?

Cuba korang buat carian di Google dengan perkataan BERUK, mesti korang akan tengok Wikipedia Khairy Jamaluddin akan berada di ranking pertama kan?

Khairy Jamaluddin BERUK

Dan jika korang buat carian perkataan BERUK di Page Wikipedia Khairy Jamaluddin (pakai CTR + F), korang akan perasan langsung tiada perkataan BERUK di dalamnya. Kes macam ni sama seperti kes perkataan CLICK HERE yang mana site adobe berada di atas walaupun on page nya tiada langsung perkataan CLICK HERE.

Kedudukan ranking ini terjadi kerana ketika pilihan raya 2008 dahulu, korang ingat tak lagi ucapan KJ yang ada perkataan BERUK yang mengundang kemarahan bloggers pembangkang? Ini ucapan nya :

“Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalanraya tetapi bertanding dalam gelanggang pilihanraya umum.”

Daripada ucapan KJ ini, ramai blogger pro pembangkang telah menulis banyak entries yang ada perkataan beruk pada masa sama dalam entry tersebut ada backlink ke Wikipedia Khairy Jamaluddin. Selain itu, untuk entry tersebut, ramai juga akan menggunakan BERUK di rungan tag untuk setiap entry untuk mengulas ucapan Khairy Jamaluddin ini. Maka spider Google akan membaca setiap entry yang tinggi density perkataan BERUK dan perasan entry tersebut mempunya outbound link ke wikipedia Khairy Jamaluddin. Dari situ lah Google telah membaca Wikipedia Khairy Jamaluddin ini amat berkaitan dengan perkataan BERUK.

Moral of the story, kekuatan Off Page lagi berkesan daripada On Page, tapi jangan ambil ringan dengan On Page jugak nya :)

Regard

Mr Maliq

Related Posts with Thumbnails
Be Sociable, Share!
Comments
21 Responses to “Adakah Khairy Jamaluddin BERUK? Inilah Kekuatan Off Page SEO!”
  1. MR.Z says:

    memang tiada keyword langsung di dalam wiki tu kan..
    memang offpage banyak memberi kesan pada pencarian google..
    kesian khairy.. haha

  2. Mr Maliq says:

    @MR.Z

    tu la pasal bro..hari tu keyword “najib”..ni keyword KJ pulak..haha

  3. mijie says:

    ulasan yang mantap, on page dan off page kena seimbang

  4. Mr Maliq says:

    @mijie

    tepat sama sekali. Seimbang secukup rasa.hehe

  5. pergh…mantap…cantik tertarik ni…

  6. Mr Maliq says:

    @mohdisa
    cantekk habiss bro!haha

  7. abrablog says:

    betul. kena seimbang. Agaknya, apalah salah si KJ dengan google ek..

  8. Mr Maliq says:

    @abrablog

    entah lah bro. tidak terpikir pulak boleh buat entry ada kaitan orang politik dan SEO.haha

  9. kahkahkahkah…memang terbaik la entri ni…google ni punyalah bahaya. elak nanti nama kita di samakan dengan binatang2 lain je hahahaha

  10. Maliq says:

    @boy_bersahaje

    tu la pasal bro..tak pasal2 KJ dikaitkan dengan beruk..hahaha

  11. hanif says:

    salam bro..beruk punya pasal kj dapat nama..haha

  12. Mr Maliq says:

    @hanif

    wasalm bro..kesian kesian..haha

  13. ALAM says:

    penjelasan yang terang wahhh begitu hebatnya kekuatan off page SEO kesian khairy

  14. Maliq says:

    @ALAM

    Apalagi, KJ kena lawan dengan off page juga lah.haha
    Maliq recently posted..Kesan Google Instant Terhadap SEO

  15. linalokman says:

    Ouh okay paham dah :) thanks! Hehe tahu jugak pasal najib tu.
    linalokman recently posted..Kami dan bas

  16. Maliq says:

    @linalokman

    Lina, you’re welcome:)
    Maliq recently posted..Kesan Google Instant Terhadap SEO

  17. pilotHans says:

    @hanif -salam bro..beruk punya pasal kj dapat nama..haha
    bukan, beruk punye pasal KJ dpt traffic…haha….
    baguslaa ulasan ni…really make sense…..

  18. Mr Maliq says:

    @pilotHnas

    lepas ni ahli politik kena berhati2 bila sebut nama binatang :)

  19. yus says:

    ermmmmm……pengajaran kepada orang yang mulut celupar….

  20. Izwan says:

    bermaksud.. dia tulis BERUK tapi link utk anchor text tu ke wikipedia KJ ..cam tuh ke?..tengah try contest seo,baru2 nak belajar..

  21. onpage = body
    offpage = enjin dan daya pecutan

Leave A Comment

CommentLuv badge