15

Kesan Google Instant Terhadap SEO?

Google Instant Launch Event

Google Instant Launch Event

Salam/Hi,

Minggu lepas Google Inc telah mengumunkan  feature terbaru iaitu Google Instant. Ramai yang berpendapat Google Instant akan mematikan SEO kerana user akan lari ke keyword lain? Bagi aku ini adalah satu mitos. Ini kerana apa yang berlaku sebenarnya user akan mencari maklumat dengan lebih cepat dan akan menggunakan long-tail keyword.

Jadi daripada itu kita sebenarnya dapat mengambil kelebihan darisegi long-tail keyword atau keyword yang panjang. Google Instant juga menyebabkan ramai user akan mencari maklumat dengan detail dan detail. Hal ini amat menguntungkan SEO or Adsense Players kerana memang faktanya semakin panjang keyword, semakin senang untuk di optimize kan :)

Sebagai contoh, aku try keyword pumpkin bread:

Google Instant

Google Instant

Google instantly telah menyenaraikan banyak suggestion keyword dibawahnya, jadi korang boleh jer optimize dengan kesemua keyword2 tersebut. Memang sebenarnya dah ada suggestion search daripada Google, tapi dengan Google Instant ni, user akan lebih banyak guna kerana cepat dan jimatkan masa. Jadi probability user search dengan long tail keyword adalah tinggi berbanding sebelumnya.

httpv://www.youtube.com/watch?v=qcm0rG8EKXI

Jadi sekarang jangan buang masa anda, optimize kan juga long tail keyword seperti yang Google cadangkan. Selamat beramal :-)

Regards

Mr Maliq

12

Kepuasan SEO Contest Hidup Seorang Blogger

Salam/Hi,

Alhamdulilah cabaran SEO Hidup Seorang Blogger telah berakhir. Aku dengan rasa rendah diri mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu bro Denaihati dan juga pihak eQurban.com. Untuk keputusan penuh, korang boleh lihat di sini. Keputusan yang tidak disangka, dapatlah jugak aku duk di first ranking diantara peserta dan di belakang site yang sedut feed blog bro mijie. Okaylah la kan selama sebulan aku bertungkus lumus buat kerja SEO ni, dan akhirnya dapat juga aku canak site aku di atas sekali.

Sebenarnya sebelum contest ini, aku agak mengelabah sebab tidak ada site yang mempunyai PR 2, aku plan nak pinjam je site orang lain untuk dibuat SEO, tapi tuan punya badan tak berminat pula. No hal lah kan. Last2 koret punya koret jumpa juga blog KB Mall Runtuh yang tahun lepas punya dan dah bersawang. Tapi still okay sebab PR 2 dan dapatlah juga aku join SEO Contest ni.hehe

Untuk strategi aku, tiada rahsia sebenarnya, dalam SEO ni semua berkisar pasal backlink aja, kalo rajin buat backlink, maka dapatlah duk atas sekali. Tapi seni di sebalik jenis2 backlink juga perlu diambil kira, pelbagaikan jenis backlink sebab Google amat suka variasi. Untuk strategi dan cara aku buat SEO dalam contest ni, korang boleh rujuk pada blog Denaihati sebab aku telah dijemput untuk menulis tentang teknik SEO aku. Tapi kalo nak detail lagi, korang jenguk2 lah blog aku yang bersawang ni dan doakan aku ada masa dan rajin untuk update blog ni. Bukan aku kedekut, tapi aku agak MALAS untuk menulis.haha

Disini juga aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua sifu2 SEO aku  terutamanya bro KMZack, bro Inspiration, bro Munawar, bro Mat Cutts dan ramai lagi. Maaf tidak tersebut nama korang semuanya.

“Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin”

Regards

Mr Maliq

Related Posts with Thumbnails