Cara Mudah Tukar Blogger ke WordPress
Salam/Hi,
Hari yang terang ni, aku nak share dengan korang cara nak tukar blog korang dari blogger ke wordpress. Aku harap korang lagi happy bila buat benda ni k.
Tutorial kali ni korang kena teliti sikit ek, sebab silap haribulan error akan dapat.hoho
Kalo korang nak pakai wordpress.org, diwajibkan korang ada domain and hosting sendiri. Sebelum langkah2 ni, korang boleh ushar dulu kat sini CARA BELI DOMAIN dan CARA INSTALL WORDPRESS. Jangan bimbang bro2 n sis2, kalo boleh blog aku ni boleh jadi rujukan dalam BM untuk mereka2 yang baru nak berblogging tak kira pakai blogspot ke, wordpress ke hape.
Amaran Keras : Sila Login Google Account Blogger korang ketika proses ni berjalan
Okay, jangan cakap panjang, lepas korang install wordpress di hosting, korang masuk wp admin, dan pergi ke
Dashboard >> Tools >> Import
Lepas korang ke page ni, korang akan dibawa ke page option blog platform yang lain juga. Oleh sebab korang memang nak import blogger, apa lagi, plih lah blogger k…
Then…lepas klik blogger, korang akan ke page mintak authorization korang camni
Baca apa yang patut dan klik jer authorize tu dan korang page camni lak la
Sampai ke page macam kat atas ni, just klik Grant access, tapi ingat warning aku sekali lagi, sila login Google Account blogger korang ketika proses ni berjalan. Kalo korang tak follow aper yang aku cakap, nanti page kat atas tu jadi error or lain.
Lepas korang klik, korang ke halaman overview kandungan blogger korang
Okay, cuba lihat di blog Mr Maliq tuh dan URL dia, belah kanan tu adalah bilangan Posts dan Comments. Blog Mr Maliq pada sama Mr Maliq buat ni adalah 1 post dan 0 comment. So sebab tu la dia tulis cam atas tu
Next tekan button Import dengan lafaz bismilLah
Dan lepas tekan , kita perlu set Author. Just klik2 gitur jer, tak susah mana pun.haha
Dia akan kuar page Author mapping, pilih WordPress login admin (ni jika korang set admin masa install wp kat hosting) dan tekan Save Changes.
Oh yeah!!!Dah siap import blog korang nye! Senyum kambing lah puas2..wakakaka
Tapi sebenarnya feature ni untuk import posts dan comments, so kalo korang nak import post kat blogger ke blog wp yang DAH ada post, PUN BOLEH.
Wokey, thanks a lot because you read this post yang serabai ni, macam biasa, ada pape, tinggal komen or email jer aku. Jangan malu2, jangan skema2, blogging ni kena enjoy!wakakaka!bye bye, Roger
Regards
Mr Maliq










masih berbahagia dgn Bs. insyaAllah suatu hari nnt
oic, baru paham BS..blogspot jer.wakaka
bangga aku blogger femes komen.kuikuikui.tq miss lolly:-)
aaaaaaaa.. dulu kucari2 tutorial ini… adoilaaaaaah! senang aje upanya. Time tu tak login google, patut dapat error.. cess!
haha
takper, lepas ni dah expert dah:)
bagaimana dengan PR akan berlaku msalah x??
@ALAM
akan ada effect sebab kita pakai domain baru kan.huhu
Maliq recently posted..Kesan Google Instant Terhadap SEO
wah,senangnye!
tQ