Salam/Hi,
Sekadar post yang ringkas, aku ingin berkongsi pasal SEO contest yang dianjurkan oleh forum promojunkie ni. Kalo korang nak merasa tahap SEO international, jom sama2 join contest ni.
Hadiahnya memang lumayan, tempat pertama bakal mendapat 1000 USD = RM 3000!! lumayan bukan? akan tetapi task nye jugak agak susah apabila pemenang hanya dikira jika mendapat first ranking di Google. Tapi yang menarik nye hadiah akan diberi sehingga ranking yang ke lapan. Memang terbaik lah sponsor kali ni, pemurah dan baik hati.
Bagi aku, keyword newport beach houses agak mencabar dimana rata2 site di first page mempunyai PR 2 dan 3. Selain cabaran juga terdiri daripada peserta-peserta yang lain juga. Maka teknik yang betul dan fokus yang jitu amat diperlukan.
Hadiah contest seperti di bawah, lumayan beb.
First Place: $1,000.00 Cash (Must rank 1st highest out of the top ten rankings for the key-phrase to win)
Second Place: $500.00 Cash (Must rank 2nd highest out of the top ten rankings for the key-phrase to win)
Third Place: $250.00 Cash (Must rank 3rd highest out of the top ten rankings for the key-phrase to win)
Fourth Place: $125.00 Cash (Must rank 4th highest out of the top ten rankings for the key-phrase to win)
Fifth Place: $100.00 Cash (Must rank 5th highest out of the top ten rankings for the key-phrase to win)
Sixth Place: $100.00 Cash (Must rank 6th highest out of the top ten rankings for the key-phrase to win)
Seventh Place: $75.00 Cash (Must rank 7th highest out of the top ten rankings for the key-phrase to win)
Eighth Place: $50.00 Cash (Must rank 8th highest out of the top ten rankings for the key-phrase to win)
Okay lah, untuk info selanjutnya, korang boleh lah melawat sendiri page contest nye di sini.
Bagi mereka yang rasa kurang yakin, boleh la join untuk seo contest beginner yang bermula 24/1 nanti.
Good Luck Semua!
Regards
Maliq
Salam/Hi,
Minggu lepas Google Inc telah mengumunkan feature terbaru iaitu Google Instant. Ramai yang berpendapat Google Instant akan mematikan SEO kerana user akan lari ke keyword lain? Bagi aku ini adalah satu mitos. Ini kerana apa yang berlaku sebenarnya user akan mencari maklumat dengan lebih cepat dan akan menggunakan long-tail keyword.
Jadi daripada itu kita sebenarnya dapat mengambil kelebihan darisegi long-tail keyword atau keyword yang panjang. Google Instant juga menyebabkan ramai user akan mencari maklumat dengan detail dan detail. Hal ini amat menguntungkan SEO or Adsense Players kerana memang faktanya semakin panjang keyword, semakin senang untuk di optimize kan
Sebagai contoh, aku try keyword pumpkin bread:
Google instantly telah menyenaraikan banyak suggestion keyword dibawahnya, jadi korang boleh jer optimize dengan kesemua keyword2 tersebut. Memang sebenarnya dah ada suggestion search daripada Google, tapi dengan Google Instant ni, user akan lebih banyak guna kerana cepat dan jimatkan masa. Jadi probability user search dengan long tail keyword adalah tinggi berbanding sebelumnya.
httpv://www.youtube.com/watch?v=qcm0rG8EKXI
Jadi sekarang jangan buang masa anda, optimize kan juga long tail keyword seperti yang Google cadangkan. Selamat beramal
Regards
Mr Maliq



